PAS Cenderawasih fokus gerak kerja hadapi PRU-16

Oleh : KASDI KOSMIN
KUANTAN, 10 Mei β Ketua Cawangan Chenderawasih Ahmad Hassan menegaskan kepentingan penyatuan ummah bukan sekadar gabungan politik, tetapi usaha menyatukan umat Islam demi menjadikan suara umat Islam lebih kuat dan dihormati.
Beliau berkata, kekuatan umat Islam hanya dapat dipertahankan apabila wujud kesepakatan dan persefahaman dalam menghadapi cabaran semasa, khususnya berkaitan kepentingan agama, bangsa dan masa depan negara.
Menurutnya lagi, semangat penyatuan ummah perlu diterjemahkan melalui kerjasama dalam masyarakat tanpa mengira latar belakang, sekali gus memperkukuhkan ukhuwah serta mengelakkan perpecahan yang boleh melemahkan umat Islam sendiri.
Tambahnya, gerak kerja turun padang akan terus diperkasakan menerusi program ziarah, khidmat masyarakat serta penerangan kepada rakyat di kawasan DUN Semambu.
βKerjasama bersama NGO, badan kebajikan dan masyarakat setempat juga akan diperkukuhkan lagi bagi memperluas agenda kebajikan serta perjuangan Islam.
βKita tidak mahu menunggu hampir pilihan raya baharu bergerak, sebaliknya persediaan perlu dilakukan lebih awal dan tersusun.
βPersediaan mesti dibuat dari sekarang supaya jentera lebih bersedia dan mantap dalam melaksanakan kerja,β katanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Chenderawasih di sini baru-baru ini.
Mesyuarat tersebut turut disertai beberapa veteran parti yang menurut beliau menjadi simbol kesinambungan perjuangan dan pengukuhan saf kepimpinan parti.
