KelantanNegeri

Sumbangan katil wakaf permudah urusan remaja patah kaki

Oleh: Irham Hilmi Hashim

MACHANG, 19 Mei — Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemuning YB Ahmad Zakhran Mat Noor menyerahkan sumbangan katil wakaf kepada seorang remaja yang mengalami kecederaan patah tulang kaki kanan ketika perlawanan bola sepak di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Mak Wan pada minggu lalu. 

Sumbangan tersebut disampaikan kepada Muhammad Aiman Akimi Mahadi, 16, dalam kunjungan ziarah di kediamannya di Kampung Belukar, di sini, pada 16 Mei lalu.

YB Ahmad Zakhran berkata, bantuan berkenaan diharap dapat memudahkan urusan penjagaan dan pengurusan harian remaja terbabit sepanjang tempoh rawatan serta pemulihan.

Menurutnya, keperluan kemudahan seperti katil wakaf amat membantu terutama kepada keluarga yang sedang menguruskan ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan atau kecederaan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️