RM3.9 juta dividen Ladang Rakyat diagih kepada 4,919 peserta
Oleh: Asri Hamat
KOTA BHARU, 18 Mei – Kerajaan Kelantan melalui Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) memperuntukkan sebanyak RM3.935 juta bagi pembayaran dividen peserta Ladang Rakyat untuk tempoh Januari hingga April 2026.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, berkata pembayaran itu membabitkan 4,919 peserta termasuk 271 peserta orang asli.
Sumber: inforakyat.kelantan.my