Khemah Rehlah tambah tarikan riadah keluarga di Kale Pok Kie
Oleh: Irham Hilmi Hashim
Kredit foto: Media ADN
JELI, 17 Mei — Penyediaan kemudahan khemah rehlah di Pengkalan (Kale) Pok Kie dijangka menjadi nilai tambah kepada tarikan riadah keluarga di kawasan perkelahan itu, sekali gus meningkatkan keselesaan pengunjung dan merancakkan pelancongan komuniti setempat.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Balah YB Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil berkata, penyediaan kemudahan perlindungan kalis air dan pemasangan yang pantas itu merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Kelantan menerusi portfolio Exco Pelancongan dalam memperkasa fasiliti rekreasi agar lebih mesra pengunjung.
Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Rehlah KITABINA@Kale Pok Kie dan Majlis Penyerahan Khemah Rehlah yang dihadiri lebih 100 peserta dari pelbagai peringkat usia, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my