KelantanNegeri

MB Kelantan berjaya buka pintu Jakarta–Kota Bharu

Oleh: Norzana Razaly
Kredit foto Media MB Kelantan

KOTA DARULNAIM, 15 Mei – Kejayaan lawatan rasmi Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud ke Indonesia membuka lembaran baharu hubungan diplomatik serantau apabila pintu penerbangan terus Kota Bharu–Jakarta berjaya dibuka.

Penerbangan tersebut bakal bermula pada 16 Jun ini dengan kekerapan empat kali seminggu, sekali gus memperkukuh jaringan antarabangsa negeri serta merancakkan potensi ekonomi rakyat.

Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, pembukaan laluan udara tersebut memberi impak besar kepada sektor pelancongan dan dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pengembangan perdagangan, pelaburan, pendidikan, kesihatan dan hubungan rakyat antara kedua-dua wilayah.

Menurutnya, hubungan Kelantan dan Jakarta memiliki asas persaudaraan yang kukuh berteraskan persamaan agama, bangsa, bahasa serta budaya yang telah lama menjadi jambatan kebersamaan.

“Ketika merasmikan program Kelantan Day di Jakarta pagi tadi (14 Mei) saya tegaskan bahawa hubungan Kelantan–Jakarta ibarat adik-beradik yang diikat dengan banyak persamaan, antaranya agama, bangsa, bahasa dan budaya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️