Kelantan-Jakarta bincang kerjasama sektor pelancongan, perdagangan
Oleh: Asri Hamat
KOTA DARULNAIM,14 Mei — Kerajaan Negeri Kelantan dan pentadbiran Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta membincangkan pelbagai bentuk kerjasama strategik dua hala melibatkan sektor pelancongan, perdagangan serta pemeliharaan warisan Melayu-Islam.
Perkara tersebut didiskusikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud bersama Gabenor DKI Jakarta, Pramono Anung Wibowo dalam lawatan kerja rasminya ke Republik Indonesia, pada Rabu.
Sehubungan itu, Dato’ Mohd Nassuruddin berkata, antara fokus utama perbincangan ialah pengembangan sektor pelancongan merangkumi pelancongan ilmu, warisan, budaya dan kesihatan.
Sumber: inforakyat.kelantan.my