KelantanNegeri

Sokor lokasi strategik bina litar sukan lasak

Oleh: Asri Hamat
Foto: Media Exco

KOTA DARULNAIM,12 Mei – Kawasan Sokor di Tanah Merah dikenal pasti sebagai lokasi strategik untuk pembangunan litar sukan lasak berikutan keunikan bentuk muka buminya yang mempunyai ketinggian semula jadi.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Mohamad berkata, ciri geografi di kawasan itu amat sesuai untuk dibangunkan sebagai litar yang mencabar dan kompetitif bagi para pelumba.

Menurutnya, kawasan berkenaan juga telah diwartakan secara rasmi bagi tujuan pembangunan litar sukan lasak.

“Keunikan kawasan Sokor terletak pada bentuk muka buminya yang mempunyai ketinggian semula jadi atau ‘natural elevation’.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️