KelantanNegeri

68,000 pokok nanas inovasi agropreneur di Sungai Satan

Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 10 Mei – Sebanyak 68,000 pokok nanas yang ditanam di kawasan seluas empat ekar di Kampung Sungai Satan, Ayer Lanas, Jeli menjadi pemangkin kepada pembangunan inovasi agropreneur komuniti menerusi pelaksanaan Projek Pusat Transformasi Tuaian ketiga (Sisa Nanas).

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek tersebut merupakan antara inisiatif penting dalam memperkukuhkan sektor agropreneur komuniti serta meningkatkan nilai ekonomi penduduk setempat melalui pendekatan berasaskan inovasi dan nilai tambah hasil pertanian.

“Projek berkeluasan 4 ekar ini telah ditanam dengan sebanyak 68,000 pokok nanas sebagai antara usaha memperkukuhkan sektor agropreneur komuniti dan meningkatkan hasil ekonomi penduduk setempat” katanya di laman rasmi, pada Khamis.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️