KelantanNegeri

MB Kelantan puji peranan PERKIM bantu saudara baharu, sebar syiar Islam

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 6 Mei – Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud memuji peranan aktif Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dalam membantu saudara baharu serta memperluas penyebaran syiar Islam di negeri ini.

Beliau menyifatkan usaha berterusan PERKIM melalui pendekatan pendidikan agama, kebajikan dan dakwah sebagai signifikan dalam memperkukuh pembangunan ummah, khususnya dalam membimbing golongan saudara baharu menyesuaikan diri dengan kehidupan beragama.

“Semoga segala perancangan dan usaha yang digerakkan terus memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkasa pembangunan ummah di Negeri Kelantan,” katanya menerusi media sosial, pada Selasa.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kelantan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa PERKIM Negeri yang berlangsung di Mabna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️