Bengkel penulisan bantu tingkatkan kualiti karya dan keyakinan penulis
Oleh: Syamimi Manah
KOTA DARULNAIM, 6 Mei – Penganjuran Bengkel Penulisan Efektif Era Digital oleh Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) berjaya membantu meningkatkan kualiti karya di samping membina keyakinan dalam kalangan penulis, khususnya golongan baharu.
Bengkel bimbingan Mantan Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain dan Pegawai Penyelidik Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) itu dihadiri 87 peserta dan berlangsung di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my