38 ahli pasukan IT dan penyelaras ICT DUN sertai lawatan Hub Digital Malaysia
Oleh: Irham Hilmi Hashim
KOTA BHARU, 6 Mei – Sebanyak 38 peserta menyertai Program Lawatan ke Hub Digital Malaysia melibatkan Pasukan IT dan Penyelarasan ICT DUN Kelantan bagi memperkukuh kefahaman terhadap teknologi baharu serta perkembangan ekonomi digital negara.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, program tersebut memberi pendedahan secara langsung berkaitan fungsi infrastruktur digital dan aplikasi teknologi semasa dalam pelbagai sektor.
Sumber: inforakyat.kelantan.my