300 rakyat Pulai Chondong terima manfaat Skim Beras Al- It’am
Oleh: Irham Hilmi Hashim
Kredit foto: Media PKD Pulai Chondong
MACHANG, 4 Mei – Sebanyak 300 penerima dari kawasan DUN Pulai Chondong menerima manfaat melalui Majlis Penyampaian Bantuan Skim Manfaat Beras Al-It’am bagi bulan Mei dan Jun yang berlangsung di perkarangan Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong, Jumaat lalu.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulai Chondong YB Azhar Salleh berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian usaha berterusan dalam membantu meringankan beban rakyat, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup semasa.
“Program kebajikan ini merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, tanpa mengira latar belakang. Menariknya, bantuan ini turut melibatkan penerima daripada pelbagai kaum termasuk masyarakat Cina, sekali gus menggambarkan semangat perpaduan dan keprihatinan menyeluruh.
Sumber: inforakyat.kelantan.my