Jumaat Hari Ilmu, legasi Tok Guru dilestari – MB Kelantan
Oleh: Irham Hilmi Hashim
Kredit foto: Unit Komunikasi Menteri Besar
KOTA BHARU, 3 Mei — Pengisytiharan Jumaat sebagai Hari Ilmu yang diasaskan Almarhum Tan Sri Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terus dizahirkan melalui kehadiran konsisten rakyat ke Medan Ilmu bagi mengikuti Kuliah Pagi Jumaat, sekali gus mengekalkan tradisi keilmuan sebagai identiti negeri Kelantan.
Program mingguan itu menyaksikan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang membanjiri Medan Ilmu bagi mendalami pengisian rohani dan memperkukuh kefahaman agama.
Sumber: inforakyat.kelantan.my