MERAK atur program lebih tersusun untuk anak muda
Oleh:Asri Hamat
KOTA DARULNAIM, 30 April – Kelab motor Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan (MERAK) dalam perancangan untuk diaktifkan semula sebagai platform menghimpunkan golongan belia ke arah aktiviti lebih tersusun dan berimpak positif.
Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Mohamad berkata langkah itu selari dengan usaha kerajaan negeri untuk mengubah persepsi terhadap anak muda, khususnya yang terlibat dalam dunia permotoran.
Menurutnya, kerajaan negeri akan terus membuka ruang dan menyediakan platform kepada golongan belia untuk bergerak secara lebih tersusun, positif dan berimpak tinggi.
“Untuk tujuan itu, MERAK akan diaktifkan semula,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.
Sumber: inforakyat.kelantan.my