Pelatih Darul Niswah dinasihat tamatkan latihan jahitan
Oleh: Asri Hamat
TUMPAT, 28 April – Pelatih jahitan Darul Niswah (PPWK) di seluruh negeri ini dinasihat menamatkan latihan masing-masing bagi memastikan kemahiran yang dipelajari dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Rohani Ibrahim berkata, pelatih yang tidak menghabiskan latihan diibaratkan seperti menjahit pakaian yang tidak siap.
Menurutnya, setiap peserta perlu menamatkan pembelajaran sehingga mampu menghasilkan sepasang pakaian dengan sempurna sebagai bukti penguasaan kemahiran asas.
“Belajar biarlah sampai tamat. Sekurang-kurangnya mampu menyiapkan sehelai baju dengan baik. Itu tanda kita benar-benar faham asas yang dipelajari,” katanya.
Sumber: inforakyat.kelantan.my