KelantanNegeri

Teluk Kerengga berpotensi tarik pelancong, penggemar rekreasi lasak

Oleh: Irham Hilmi Hashim

PASIR MAS, 18 April — Teluk Kerengga dikenal pasti berpotensi menjadi destinasi tumpuan pelancong serta penggemar rekreasi lasak susulan penganjuran Kejohanan Sukan Permotoran 4×4 LiteCore Challenge 2026 yang menghimpunkan peserta dari pelbagai negeri, sekali gus mengangkat profil kawasan itu dalam segmen pelancongan sukan.

Majlis penutup kejohanan anjuran Grup Permotoran Sahabat Setia Rimba itu disempurnakan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor di litar sukan lasak Teluk Kerengga, Tendong, semalam.

Beliau berkata, penganjuran program seumpama itu memberi impak positif kepada sektor pelancongan negeri, khususnya dalam mengembangkan segmen pelancongan sukan dan rekreasi lasak.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️