KelantanNegeri

Kelantan sambut baik pengumuman RM20 juta program basmi kemiskinan

Oleh: Asri Hamat

KOTA KOTA DARULNAIM, 19 April – Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik pengumuman peruntukan berjumlah RM20 juta bagi pelaksanaan program pembasmian kemiskinan di negeri itu yang diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja rasmi beliau ke Kelantan, semalam.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri amat menghargai komitmen kerajaan persekutuan dalam membantu meningkatkan taraf hidup rakyat serta memastikan kesejahteraan mereka terus terpelihara.

Menurutnya, projek pembasmian kemiskinan itu akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Negeri Kelantan bagi memastikan pelaksanaan yang lebih teratur dan berkesan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️