KelantanNegeri

YIK lahirkan 5,720 huffaz, bukti kejayaan pendidikan tahfiz Kelantan

Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 16 April — Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz setakat ini, sekali gus membuktikan kejayaan berterusan sistem pendidikan tahfiz di Kelantan dalam membina generasi al-Quran yang berkualiti.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, pencapaian tersebut menjadi indikator kejayaan negeri dalam melahirkan generasi yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup serta asas kepimpinan masa depan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Tahfiz YIK Kali Ke-16 yang berlangsung di Dewan Besar YIK, di sini, hari ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️