KelantanNegeri

PSPM wajar diiktiraf sektor kritikal, layak terima subsidi diesel – Exco PBT

Oleh: Irham Hilmi Hashim

KOTA BHARU, 15 April — Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan (PSPM), perkhidmatan perbandaran dan pembersihan awam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar diiktiraf sebagai sektor kritikal yang layak menerima subsidi diesel daripada Kerajaan Persekutuan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah berkata, pengiktirafan tersebut penting bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan asas yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah PSPM Bil. 1/2026 di Bilik Mesyuarat Exco,  di Mabna, pada Selasa.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️