KelantanNegeri

Darul Niswah Kemuning digalak kekal momentum, perluas impak ekonomi wanita – Dato’ Rohani

Oleh: Irham Hilmi Hashim
Kredit foto: Media Exco

MACHANG, 6 April – Darul Niswah (dulunya Pusat Pembangunan Wanita Kelantan atau PPWK) DUN Kemuning digesa mengekalkan prestasi semasa serta terus memperkukuh pelaksanaan program bagi memperluaskan manfaat kepada lebih ramai wanita, khususnya dalam aspek penjanaan pendapatan.

Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Rohani Ibrahim berkata, usaha berterusan itu penting bagi memastikan inisiatif pemberdayaan wanita di peringkat komuniti terus relevan dan berimpak tinggi.

Menurutnya, kejayaan Darul Niswah Kemuning yang kini beroperasi di bangunan sendiri merupakan satu pencapaian signifikan hasil komitmen tinggi serta sokongan padu kepimpinan di peringkat Dewan Negeri (DUN).

“Alhamdulillah, saya secara peribadi sangat bersyukur dan berbangga dengan semangat serta komitmen yang ditunjukkan oleh DUN Kemuning dalam memastikan projek Darul Niswah ini terus bergerak dan memberi manfaat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Darul Niswah Kemuning, semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️