KelantanNegeri

Setiap DUN disaran tubuh koperasi, pacu ekonomi setempat

Oleh: Asri Hamat

PASIR PUTEH, 2 April – Semua Dewan Negeri (DUN) disaran menubuhkan koperasi masing-masing dalam usaha memperkukuh ekonomi setempat serta memanfaatkan potensi keusahawanan yang tersedia.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, mana-mana DUN yang belum mempunyai koperasi perlu mengambil langkah segera untuk menubuhkannya dalam masa terdekat.

Katanya, ketika ini terdapat Pusat Khidmat DUN (PKD) yang sudah memulakan langkah menubuhkan koperasi, namun masih ada yang belum berbuat demikian.

“Jadi, kita mahu semua DUN memastikan perkara ini dilaksanakan segera,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keusahawanan dan Koperasi, anjuran Pusat Kajian Strategik (PKS) di Jeram Mengaji Agro Resort, Selising di sini pada Rabu.

Beliau menjelaskan, setiap PKD mempunyai jentera yang besar dan berpotensi untuk menggerakkan penubuhan serta pengurusan koperasi secara berkesan.

Tambahnya, pelbagai peruntukan keusahawanan yang disalurkan melalui portfolio Exco boleh dimanfaatkan bagi menyokong pembangunan koperasi tersebut.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️