KelantanNegeri

Pemangku Raja Kelantan angkat sumpah Pengerusi SPN Kelantan Baharu

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 31 Mac – Pemangku Raja Kelantan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra berkenan mengangkat sumpah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Kelantan yang baharu.

Majlis tersebut berlangsung di Istana Kota Lama pada Isnin. 

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, dalam majlis berkenaan, Yang Maha Mulia Tuanku berkenan mengangkat sumpah sebagai Pengerusi SPN Kelantan yang baharu serta menandatangani dokumen angkat sumpah.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️