Petani, penduduk Selising tunai solat Istisqa’ mohon hujan
Oleh: Asri Hamat
PASIR PUTEH, 30 Mac – Para petani bersama penduduk sekitar Selising menunaikan solat sunat Istisqa’ sebagai usaha memohon agar Allah SWT menurunkan hujan ke bumi yang kini memerlukan.
Program yang disertai makmum daripada pelbagai lapisan masyarat itu berlangsung di Padang Bola Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah, Tualang Tinggi, di sini, pagi tadi.
Exco Pertanian, Agromakanan dan Komoditi Kelantan YB Dato’ Tuan Saripudin Tuan Ismail, berkata inisiatif berkenaan mencerminkan keprihatinan masyarakat khususnya golongan petani terhadap keadaan cuaca semasa yang memberi kesan kepada sumber rezeki mereka.
Sumber: inforakyat.kelantan.my