UPKN anjur Program Welcoming Perantau di enam lokasi strategik sambut kepulangan anak Kelantan
Oleh: Norzana Razaly
Kredit foto: Unit Media ADN
KOTA DARULNAIM, 19 Mac — Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) menganjurkan Program Welcoming Perantau di enam lokasi strategik seluruh negeri bagi menyambut kepulangan anak Kelantan sempena Aidilfitri.
Pengarahnya, Razuan Awang Hamad berkata program tersebut bertujuan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam menyambut lebaran dan mengeratkan kasih sayang pemimpin dan masyarakat.
“Program Welcoming Perantau ini dianjurkan sebagai pendekatan holistik dalam menyambut kepulangan anak perantau, di samping mengangkatl semangat “hubbul watan” yang terus mekar dalam jiwa rakyat Kelantan, walau di mana mereka berada.
Sumber: inforakyat.kelantan.my