KelantanNegeri

Perantau Tumpat tiba di stesen kereta api disambut pemimpin negeri

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media ADN Kelaboran dan ADN Wakaf Bharu

TUMPAT, 20 Mac – Sejumlah 260 perantau anak Kelantan tiba di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wakaf Bharu dan Tumpat disambut meriah sempena Aidilfitri melalui Program Welcoming Perantau, semalam.

Di Stesen Keretapi Tumpat, dua ketibaan tren melibatkan dari Johor pada pukul 1.30 petang dengan 66 penumpang, serta tren dari Kuala Lumpur pada pukul 5.00 petang yang membawa 91 penumpang termasuk 27 kakitangan KTMB.

Perantau di stesen itu disambut oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Kelaboran YB Mohd Adanan Hassan bersama Ahli Parlimen Tumpat YB Dato’ Mumtaz Md Nawi.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️