KelantanNegeri

SMU, SMTQ 2025: Keputusan meningkat, 268 pelajar capai 10 Mumtaz

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 17 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTQ) 2025 menunjukkan peningkatan sebanyak 1.6 peratus berbanding tahun 2024.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata sebanyak 4,780 pelajar atau 93.78 peratus daripada 5,097 calon yang menduduki peperiksaan itu berjaya lulus. 

Menurutnya, pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) turut meningkat kepada 1,061 calon berbanding 625 calon pada tahun lalu.

“Bagi pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik), seramai 1,064 calon direkodkan berbanding 1,446 calon pada 2024.

“Pangkat Jayyid (Baik) pula mencatatkan 1,402 calon berbanding 1,548 calon pada tahun lalu, manakala pangkat Maqbul (Lulus) seramai 1,253 calon berbanding 1,333 calon pada 2024.”

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️