Solidariti umat Islam perlu diperkukuh hadapi penindasan global
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar
KOTA BHARU, 15 Mac – Umat Islam diseru memperkukuh perpaduan dan solidariti sesama mereka bagi menghadapi penindasan yang menimpa negara serta masyarakat Islam di seluruh dunia, khususnya di Palestin dan Iran.
Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nasuruddin Daud berkata, solidariti tersebut penting bagi menyatakan sokongan terhadap umat Islam yang sedang berdepan serangan dan konflik di kedua-dua wilayah tersebut.
Beliau menegaskan bahawa setiap negara mempunyai kedaulatan yang perlu dihormati oleh pihak lain, prinsip yang telah diiktiraf sejak zaman dahulu lagi, bukan hanya dalam era moden.
Beliau turut mengaitkan keadaan itu dengan kisah dalam al-Quran mengenai perjalanan hidup Nabi Musa a.s yang melarikan diri dari Mesir selepas menentang kezaliman pemerintah pada zaman tersebut, iaitu Firaun.
Sumber: inforakyat.kelantan.my