KelantanNegeri

300 asnaf DUN Kijang terima sumbangan zakat PKINK dan KOOP-Air

Oleh: Irham Hilmi Hashim
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA BHARU, 15 Mac – Sebanyak 300 asnaf di DUN Kijang menerima sumbangan zakat Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan (PKINK) dan Koperasi Kakitangan dan Keluarga Air Kelantan Berhad (KOOP-Air) sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat DUN Kijang itu  telah disempurnakan oleh Exco Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Izani Husin  di Dewan Terbuka PASTI Al-Haq, Kedai Buloh, di sini, pada Jumaat.

Dalam ucapannya, Dato’ Dr Izani menzahirkan penghargaan kepada pihak yang terlibat khususnya PKINK dan KOOP – AIR dalam menjayakan program kebajikan tersebut serta memilih DUN Kijang sebagai lokasi penyampaian zakat pada tahun ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️