🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Perak

RM185,135.46 Tabung Subuh Berjaya Dihimpunkan Sempena Program Badar Kubro PAS Perak

SERI ISKANDAR, 14 Mac – Program Badar Kubro PAS Perak yang berlangsung di Kompleks Tarbiah Darul Ridzuan (KOTADAR) malam ini menyaksikan satu lagi kejayaan bermakna apabila Tabung Subuh yang dihimpunkan daripada seluruh negeri berjaya dikumpulkan sebanyak RM185,135.46.

Kutipan tersebut melibatkan sumbangan daripada 24 Kawasan PAS di seluruh Negeri Perak, hasil komitmen ahli dan penyokong yang terus menyokong usaha memperkukuh gerak kerja jamaah serta aktiviti kebajikan kepada masyarakat.

Majlis penyerahan Tabung Subuh itu diumumkan di hadapan para hadirin yang menghadiri program Badar Kubro yang diadakan bersempena bulan Ramadan.

Program tersebut turut diisi dengan majlis iftar dan ceramah isu semasa yang disampaikan oleh YB Prof. Haim Hilman, serta dihadiri pimpinan dan ahli PAS dari seluruh negeri. Program Badar Kubro merupakan antara agenda tahunan yang menghimpunkan ahli dan penyokong bagi memperkukuh ukhuwah serta semangat perjuangan.

Kutipan Tabung Subuh yang dihimpunkan ini merupakan sebahagian daripada usaha menggerakkan aktiviti kebajikan dan pembangunan ummah di negeri ini.

Terdahulu, Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak memutuskan agar kutipan Tabung Subuh dihimpunkan dan diserahkan secara rasmi pada malam program Badar Kubro sebagai simbol kebersamaan dan komitmen ahli di seluruh negeri.

Program Badar Kubro yang berlangsung di KOTADAR itu turut menjadi platform mempererat hubungan sesama ahli selain memperkukuh gerak kerja organisasi dalam menghadapi cabaran semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️