Perak

‘Rumah Bangsa’ UMNO Laksana Dulu Kerajaan Tanpa DAP di Perak

IPOH – Cadangan gagasan “Rumah Bangsa” yang dikemukakan oleh UMNO sebagai usaha menghimpunkan kekuatan parti serta NGO Melayu demi mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara disambut secara positif  secara peribadi YB Fakhrudin Abdul Aziz.

Menurut beliau, bagi membuktikan keikhlasan gagasan tersebut, UMNO khususnya di negeri Perak wajar memulakan terlebih dahulu pelaksanaan konsep “Rumah Bangsa” di peringkat negeri.

Beliau berkata, kedudukan politik di Perak ketika ini memperlihatkan kerajaan negeri dipimpin oleh Pakatan Harapan yang majoritinya bukan Melayu. Keadaan tersebut menimbulkan persoalan apabila gagasan penyatuan Melayu dilaungkan, namun dalam masa yang sama pemerintahan masih bergantung kepada parti-parti berkenaan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar UMNO Perak mengambil langkah berani dengan membentuk pendekatan politik baharu di negeri ini yang benar-benar mencerminkan semangat “Rumah Bangsa”, tanpa bergantung kepada DAP dalam pemerintahan.

“Jika gagasan ini benar-benar ikhlas untuk menyatukan orang Melayu, Perak adalah medan terbaik untuk membuktikannya sebelum diperluaskan ke peringkat nasional,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa PAS sentiasa terbuka untuk berbincang dan bermusyawarah demi memastikan masa depan agama, bangsa dan negara terus terpelihara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️