🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
IpohKOTADARPerakSeri Iskandar

Program memperingati peristiwa Badar Kubro bakal berlangsung di KOTADAR

IPOH, 10 Mac – Satu program khas sempena memperingati peristiwa agung dalam sejarah Islam iaitu Badar Kubro akan diadakan di Kompleks Tarbiyah Darul Ridzuan (KOTADAR) pada Sabtu, 14 Mac 2026 bersamaan 24 Ramadan, bermula jam 5.30 petang.

Program ini dianjurkan sebagai usaha menghayati kembali pengajaran besar daripada Perang Badar, iaitu peristiwa penting yang menjadi simbol kemenangan Islam melalui kekuatan iman, kesatuan ummah dan pertolongan Allah SWT.

Majlis ini dijangka menghimpunkan masyarakat setempat serta para aktivis parti dan pendukung perjuangan Islam bagi bersama-sama mengambil ibrah daripada peristiwa bersejarah tersebut. Selain pengisian berkaitan sejarah Badar, program turut menyentuh isu-isu semasa yang berkait rapat dengan umat Islam dan perkembangan politik tanah air.

Antara pengisian utama program ialah jemputan khas YB Prof Dr Haim Hilman Abdullah, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, yang akan menyampaikan kupasan serta pandangan berkaitan pengajaran daripada peristiwa Badar serta kaitannya dengan cabaran umat Islam masa kini.

Penganjur berharap program ini dapat menjadi medan penyatuan ummah serta menyemarakkan semangat perjuangan Islam khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini yang akan berlangsung di Kompleks Tarbiyah Darul Ridzuan (KOTADAR).

Kehadiran semua amat dialu-alukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️