KelantanNegeri

AKSB santuni keluarga asnaf di DUN Kijang menerusi program CSR

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 11 MAC – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyantuni sepuluh keluarga asnaf di kawasan Dewan Negeri (DUN) Kijang, menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Ramadan.

Program tersebut turut disertai Pegawai Khas kepada Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Taufiq Ramli bersama pasukan AKSB yang turun padang menyampaikan sumbangan kepada penerima terpilih.

Exco portfolio berkaitan, YB Dato’ Dr Izani yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kijang berkata, inisiatif berkenaan adalah tanda keprihatinan berterusan AKSB dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya golongan asnaf.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️