🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Perak

Gerakkan kewangan PAS Perak

GERAKKAN KEWANGAN PAS PERAK

Ahli-ahli PAS Perak yang dikasihi,sebelum kita bercakap untuk mengubah orang lain, marilah kita bermula dengan mengubah diri kita sendiri.

Mengubah orang lain itu payah, tetapi membina disiplin dan komitmen diri sendiri adalah tanggungjawab yang Allah letakkan di bahu kita.

Bab semangat dan daya juang, tiada siapa boleh menafikan kekuatan ahli PAS. Ketika susah dan senang, kita tetap berdiri. Namun dalam soal kewangan, kita masih ada ruang untuk diperbaiki.

Perjuangan memang tidak bergantung kepada wang, tetapi setiap gerak kerja – program, kebajikan, pilihan raya dan pengurusan jamaah – memerlukan dana yang tersusun dan konsisten.

Kita tidak bercakap soal jumlah besar. Kita bercakap soal istiqamah.

Jika 20% daripada 76,304 ahli PAS Perak menyumbang hanya 50 sen sehari melalui Tabung Subuh:

  • 15,260 penyumbang
  • RM182.50 setahun seorang
  • Jumlah setahun: RM2,784,950
    Pembahagian:
  • Negeri (15%): RM417,742.50
  • Kawasan (15%): RM417,742.50
  • Cawangan (70%): RM1,949,465

Ini baru 20%. Ini baru 50 sen sehari.

Dengan disiplin kecil ini, kita tidak lagi kalut menyediakan dana PRU16. Setiap PDM boleh disokong. KOTADAR kebanggaan kita boleh disiapkan. Program tarbiyah dan kebajikan boleh bergerak tanpa menunggu rayuan demi rayuan.

Arahan saya kepada seluruh ahli PAS Perak:

  1. Setiap cawangan wajib mengaktifkan semula Tabung Subuh dan Tabung Istiqamah.
  2. Ketua cawangan pastikan sekurang-kurangnya 20% ahli menyertai sebagai fasa pertama.
  3. Laporan kutipan dibentang secara berkala dalam mesyuarat kawasan.
  4. Jadikan Ramadhan ini titik mula perubahan sikap dan budaya kewangan jamaah.
  5. Jangan bertangguh. Mulakan hari ini.

Sudah setahun Tabung Subuh dilancarkan. Soalnya, adakah kita benar-benar melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh?

Jika kita tidak menjaga jamaah ini, siapa lagi? Jika kita tidak berdisiplin, bagaimana kita mahu memimpin masyarakat?

Yakinlah, kita mampu. Dengan izin Allah, usaha kecil yang istiqamah akan menghasilkan kekuatan besar.
Mulakan azam di bulan Ramadhan ini.

Bina diri, kukuhkan jamaah, perkasa perjuangan.

Yang menjalankan amanah,
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Pesuruhjaya PAS Perak
11 Ramadhan 1447H
1 Mac 2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️