2000 perantau Kelantan meriahkan Majlis Ihya’ Ramadan Zon Lembah Klang
Oleh: Syamimi Manah
SHAH ALAM, 28 Februari – Seramai 2000 perantau anak Kelantan hadir memeriahkan Program Ihya’ Ramadan Perdana Kepimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Kelantan di Perantauan 1447H/2026M bagi Zon Lembah Klang, hari ini.
Majlis yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam itu terus menjadi wadah tahunan yang memperkukuhkan hubungan antara kepimpinan kerajaan negeri dan anak-anak Kelantan di luar negeri.
Sehubungan itu, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud berkata, Program Ihya’ Ramadan merupakan acara tahunan Kerajaan Negeri Kelantan yang berjaya mempereratkan ukhuwah pemimpin dengan anak Kelantan yang jauh dari kampung halaman.
Sumber: inforakyat.kelantan.my