KelantanNegeri

Petugas barisan hadapan disantuni sempena Ramadan

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media ADN Wakaf Bharu

TUMPAT, 25 Februari – Para petugas barisan hadapan disantuni  Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Mohd Rusli Abdullah bersama petugas Pusat Khidmat DUN Wakaf Bharu dengan menyampaikan sumbangan buah kurma sempena Ramadan.

Menurut YB Mohd Rusli, kunjungan tersebut melibatkan kakitangan Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Pejabat Pos Wakaf Bharu, Balai Polis Wakaf Bharu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kampung Belukar serta Balai Bomba Wakaf Bharu.

Beliau berkata, sumbangan itu merupakan tanda ingatan dan penghargaan kepada petugas yang terus komited menjalankan amanah serta tanggungjawab tanpa mengira masa, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️