Kelantan perkasakan agroekonomi orang asli
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 25 Februari – Kerajaan Negeri Kelantan memfokus usaha memperkasakan pengembangan agroekonomi dalam kalangan masyarakat orang asli agar mereka terus berdaya saing dan mempunyai sumber pendapatan yang mampan.
Komitmen tersebut hasil perbincangan Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail bersama wakil penghulu orang asli dari Gua Musang yang diketuai oleh Penghulu Orang Asli Dewan Negeri (DUN) Galas Jumaat Abak di pejabatnya, semalam.
Dato’Tuan Mohd Saripudin berkata, dalam pertemuan tersebut, perbincangan ditumpu terhadap kepentingan memperkukuh sektor pertanian sebagai sumber ekonomi utama komuniti, termasuk meningkatkan kemahiran, akses kepada teknologi moden dalam usaha untuk meningkatkan sumber pendapatan golongan terbabit.
Usaha bersepadu dilihat mampu membantu masyarakat orang asli meningkatkan produktiviti sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka.
Sumber: inforakyat.kelantan.my