KelantanNegeri

Kerajaan negeri santuni rakyat dari bayi hingga ke akhir hayat

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA BHARU, 24 Februari – Kerajaan negeri melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKeKWa) mengambil pendekatan kebajikan menyeluruh yang merangkumi setiap fasa kehidupan rakyat bermula daripada bayi sehingga ke akhir hayat melalui pelbagai inisiatif berstruktur di peringkat Parlimen dan DUN.

“Kita santuni semua golongan masyarakat bermula dari bayi hingga ke meninggal dunia. UKeKWa adalah urus setia yang perlu sentiasa cakna kepada semua masyarakat.

“Setakat ini kita telah buat yang terbaik menyantuni masyarakat di peringkat parlimen dan DUN. Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas yang telah membantu menjayakan program-program kebajikan.”

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️