Kerajaan negeri, PPDK bincang Isu OKU masalah pembelajaran
Oleh: Syamimi Manah | Foto: Media YB Dato’ Rohani Ibrahim
KOTA DARULNAIM, 23 Februari – Kerajaan Negeri Kelantan bersama Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kelantan mengadakan perbincangan berhubung isu melibatkan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran dalam satu sesi kunjung hormat yang berlangsung Isnin lalu.
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan YB Dato’ Rohani Ibrahim, menerima kunjungan wakil PPDK yang menghimpunkan sebanyak 46 buah pusat dari seluruh Negeri Kelantan.
Menurutnya, pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan yang sangat bermakna khususnya dalam usaha memperkasa anak-anak OKU masalah pembelajaran yang sedang mengikuti program di PPDK.
Sumber: inforakyat.kelantan.my