Perak

PAS Perak komited memperkukuh organisasi |Kenyataan Media PAS Perak

KENYATAAN MEDIA
PESURUHJAYA PAS NEGERI PERAK

22 Februari 2026

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak pada 21 Februari 2026 memutuskan beberapa perkara utama bagi memperkukuh gerak kerja parti dan khidmat kepada rakyat:

  1. Sambutan Badar Qubro 2026 akan diadakan pada 14 Mac 2026 di KOTADAR, Sri Iskandar dimulai dengan iftar dan ceramah isu semasa oleh YB Prof. Haim Hilman pada jam 10.15 malam (di jemput orang ramai hadir)
  2. Kutipan Tabung Subuh akan dihimpunkan dan diserahkan secara rasmi pada malam program tersebut.
  3. Program Ramadan seperti sumbangan makanan, iftar, ziarah kebajikan dan aktiviti komuniti akan dipergiat oleh ADUN dan PAS Kawasan.
  4. Pemantauan 17 DUN PAS diteruskan bagi memastikan khidmat rakyat berkesan dan mempertahankan kemenangan.
  5. Tema Hijau setiap Sabtu diperkenalkan sebagai simbol kesatuan ahli.
  6. Seruan infaq KOTADAR dipergiat bagi menyiapkan kompleks sebagai pusat tarbiah dan aktiviti jamaah.

PAS Perak komited memperkukuh organisasi, memperluas khidmat rakyat serta memperkasa agenda kebajikan dan pembangunan ummah.

Sekian, Terima kasih.

YB Datuk Ustaz Hj Idris bin Ahmad
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak

https://www.facebook.com/share/1ASfVdpuQm/?mibextid=wwXIfr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️