KelantanNegeri

Anak muda rakan seperjuangan bawa mesej dakwah – YB Dato’ Rohani

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 22 Februari – Anak muda hari ini bukan sekadar pelapis kepimpinan, bahkan rakan seperjuangan dalam membawa mesej Islam yang syumul dan rahmah kepada masyarakat, kata Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Rohani Ibrahim.

Menurutnya, golongan muda mempunyai peranan besar dalam memperkukuh agenda dakwah dan kebajikan selari dengan tuntutan agama.

Beliau memetik sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain,” sebagai pedoman dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan.

“Moga kepimpinan yang dipikul menjadi amanah yang dilaksanakan dengan penuh integriti, hikmah dan tawaduk.

“In sha Allah, kita sama-sama kukuhkan saf, satukan fikrah dan terus berkhidmat demi agama, bangsa dan negeri,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Terdahulu, YB Dato’ Rohani menerima kunjungan hormat barisan pimpinan baharu Ameerah Kelantan dalam satu pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh mahabbah dan semangat ukhuwah di pejabatnya, di Mabna Kompleks Kota Darulnaim.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️