KelantanNegeri

100,000 ekor ayam sokong operasi SABA Fried Chicken di Wakaf Bharu

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco

TUMPAT, 22 Februari – Lebih 100,000 ekor ayam pedaging yang diternak di Kampung Padang Mandol, Wakaf Bharu menjadi tulang belakang kepada operasi rangkaian restoran SABA Fried Chicken, sekali gus merancakkan industri ayam pedaging di Kelantan.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Mohd Rusli Abdullah telah mengadakan lawatan ke pusat ternakan ayam pedaging milik Saba pada 16 Februari.

Menurutnya, pusat ternakan tersebut beroperasi dalam blok ternakan tiga tingkat yang direka bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran secara lebih sistematik dan efisien, selaras dengan keperluan pasaran semasa.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️