Pembinaan hotel baharu rancakkan sektor perhotelan di Kelantan
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar
KOTA DARULNAIM, 16 Februari – Pembinaan hotel baharu di Bandar Tunjong dijangka menjadi pemangkin kepada lonjakan sektor perhotelan serta merangsang pertumbuhan pelancongan secara menyeluruh di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, projek berkenaan mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
βIa bukan sahaja merancakkan ekonomi setempat serta membuka peluang pekerjaan, bahkan mengangkat imej Bandar Tunjong khususnya dan negeri Kelantan amnya sebagai destinasi yang progresif, berdaya saing dan diyakini pelabur serta pelancong,” katanya menerusi media sosial, pada Ahad.
Sumber: inforakyat.kelantan.my