KelantanNegeri

Kuda simbolik lambang kekuatan rakyat Kelantan

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA BHARU 15 Februari – Tahun 2026 yang menurut kalendar Cina merupakan Tahun Kuda membawa simbolik kekuatan, ketahanan, keberanian dan semangat untuk terus bergerak maju.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad berkata, kuda bukan haiwan yang statik, sebaliknya sentiasa bergerak ke hadapan dengan penuh tenaga serta memiliki daya tahan tinggi.

Menurutnya, nilai berkenaan amat bertepatan dengan semangat rakyat Kelantan yang tidak mudah mengalah, berani menghadapi cabaran dan sentiasa mencari peluang untuk terus maju.

“Negeri kita memerlukan semangat seperti kuda, iaitu semangat yang kuat, berdaya tahan dan sentiasa bergerak ke hadapan walau berdepan pelbagai cabaran.”

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis sambutan Tahun Baru Cina 2026 di Dewan Perniagaan Cina, di sini, pada Jumaat.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️