KelantanNegeri

Kilang Padi & Beras Darulnaim mampu proses 600 metrik tan padi sehari

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 26 Januari – Kilang Padi & Beras Darulnaim di Mukim Tasik Berangan, Gual Periok kini sudah beroperasi dengan kapasiti pemprosesan sehingga 600 metrik tan padi sehari, sekali gus memperkukuh rantaian industri padi dan beras di Kelantan.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, YB Dato’ Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata,  kilang itu dijangka menjadi pemangkin utama dalam meningkatkan kebajikan pesawah, mempercepatkan urusan pemprosesan padi serta menjamin keterjaminan bekalan beras tempatan di negeri ini.

“Setakat ini, kilang berkenaan telah mula memproses padi dan menghasilkan beras campuran sebagai fasa awal pengeluaran,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial pada Ahad.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️