Kelantan laksana inisiatif Sekolah Digital secara percubaan tahun ini
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA BHARU, 26 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan bersama Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan melaksanakan inisiatif sekolah digital secara percubaan di beberapa buah sekolah pada tahun ini sebagai usaha memperkukuh sistem pendidikan berteraskan teknologi.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, pelaksanaan inisiatif itu diteliti secara menyeluruh bagi memastikan tahap keberkesanan dan kemampanannya, selain memberi manfaat kepada pelajar serta ibu bapa.
Menurut beliau, dua buah sekolah telah dipilih sebagai sekolah perintis bagi pelaksanaan sekolah digital iaitu Maahad Sains Tok Guru dan Maahad Muhammadi.
“Hasrat kita untuk melaksanakan sekolah digital ini tinggi, namun tahap kemampuan perlu dilihat secara menyeluruh. Ketika ini Maahad Sains Tok Guru sudah mula melaksanakan sekolah digital.
Sumber: inforakyat.kelantan.my