KelantanNegeri

Peguam Syarie perlu jadi muslihun, didik masyarakat – Exco Agama

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 25 Januari – Peguam Syarie bukan sekadar berperanan mewakili anak guam dalam urusan pendakwaan dan tuntutan di hadapan hakim, sebaliknya perlu berfungsi sebagai muslihun yang mendidik serta memberi kefahaman kepada masyarakat agar kehidupan selari dengan tuntutan syariah.

Perkara itu ditegaskan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud yang menekankan bahawa agenda pengislahan mesti menjadi keutamaan dalam profesion guaman syariah.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️