KelantanNegeri

Obesiti, diabetes cabaran kesihatan awam serius, penganjuran simposium obesiti langkah tepat -YB Hilmi

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 20 Januari – Isu obesiti dan diabetes kini menjadi antara cabaran kesihatan awam paling serius, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global, kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah.

Katanya, penganjuran simposium kesihatan yang membincangkan prosedur bariatrik amat bertepatan dengan realiti semasa kerana masalah obesiti tidak lagi boleh dilihat sebagai isu kosmetik atau gaya hidup semata-mata.

β€œSebaliknya, obesiti telah berkembang menjadi isu penyakit kronik, isu ekonomi, isu sosial, malah memberi kesan kepada ibadah dan kualiti hidup umat manusia,” katanya menerusi media sosial pada Ahad.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️