Majlis Taujihat 2026: Pertanian teras strategik Kelantan
Oleh: Norzana Razaly
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA BHARU, 18 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan komitmen menjadikan sektor pertanian sebagai teras strategik negeri selaras dasar Membangun Bersama Islam (MBI).
Demikian kenyataan Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail sempena Majlis Taujihat 2026 yang bertemakan “Keterjaminan Makanan, Tanggungjawab Ummah”, yang yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.
Majlis Taujihat 2026 yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor pertanian dan industri agro.tersebut menjadi platform perkongsian strategi dan pengalaman antara pentadbir, usahawan agro serta pihak berkepentingan dalam memperkukuh daya saing sektor pertanian negeri.
Sumber: inforakyat.kelantan.my