🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

HTMT 2.0 Diteruskan, Lokasi Diumumkan Masa Terdekat

KUALA TERENGGANU – Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (HTMT) 2.0 dijangka menjadi kesinambungan kepada kejayaan penganjuran HTMT 1.0 yang telah berlangsung pada 29 hingga 31 Mei lalu di Kemaman.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, HTMT 2.0 akan dianjurkan di lokasi baharu yang akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Menurut beliau, persiapan awal ke arah penganjuran himpunan tersebut telah dimulakan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan HTMT 2.0 yang berlangsung hari ini di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu.

Beliau menjelaskan, mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada penyelarasan organisasi, perancangan program serta pengukuhan kerjasama antara semua pihak terlibat bagi memastikan kelancaran penganjuran.

“Insya-Allah, Himpunan Teguh Memimpin Terengganu 2.0 akan menjadi platform penting untuk memperkukuh kefahaman, kesatuan dan iltizam kepimpinan serta ahli dalam meneruskan agenda membangunkan negeri Terengganu,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, semalam.

Tambah beliau, pihak jawatankuasa turut menekankan aspek pengurusan yang tersusun dan berdisiplin agar objektif penganjuran dapat dicapai dengan berkesan.

Beliau turut menzahirkan harapan agar segala perancangan yang dirangka dipermudahkan oleh Allah SWT dan berjalan lancar demi manfaat rakyat serta kestabilan pentadbiran negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️