PBT perlu rancang pembangunan bandar secara berperingkat dan berhemah – YB Hilmi
Oleh: Syamimi Manah
KOTA DARULNAIM, 12 Januari – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Kelantan diingatkan supaya merancang pembangunan bandar secara berperingkat dan berhemah bagi menghadapi fasa peralihan pembangunan fizikal negeri yang semakin pesat.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata, Kelantan kini berada dalam fasa penting sementara menunggu impak maksimum beberapa projek infrastruktur mega siap dilaksanakan.
Beliau berkata, antara projek utama tersebut termasuk Lebuh Raya Kota Bharu–Kuala Krai (KB-KK), Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa kedua.
Sumber: inforakyat.kelantan.my